BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Pada tahun 1990 saya telah mengambil ansuran MCIS tetapi saya tidak membayar untuk semua faedah yang ditawarkan. Saya niatkan masa itu sebagai simpanan sebanyak RM10 000 selama tempoh matang tempoh 2020.Setiap bulan saya membuat pembayaran potongan gaji sebanyal RM32. Persolan saya setelah sampai tempoh matangm wang yang dikembalikan kepada saya ialah RM 26k. Persoalan saya, bagaimana kedudukan wang tersebut dari segi syarak.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, MCIS Zurich Insurance (MCIS) didaftarkan dibawah Akta Insurans 1996 dan bukannya dibawah Akta Takaful 1984. Oleh yang demikian, MCIS bukanlah syarikat yang didaftarkan dibawah Akta Takaful 1984 dan yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia untuk memasarkan produk-produk yang berlandaskan syariah. Oleh itu, dapat difahami bahawa MCIS Zurich adalah sebuah sebuah syarikat penanggung Insurans konvensional yang mengamalkan perniagaan yang tidak patuh syariah. Justeru itu, yang bertepatan dengan hukum syarak adalah wang dari hasil terkumpul melalui bayaran setiap bulan (RM32) sahaja boleh digunakan atau diambil dari mula bayaran dibuat sehingga tamat tempoh bayaran. Wang yang selebihnya menjadi wang tidak patuh syariah. والله أعلم بالصواب . Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 169

message user image