Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalam ustaz. Saya ada petanya sikit. Macam ni. Saya ada menghantar kucing saya yg sakit ke klinik haiwan dan ditahan wad. Jadi selama kucing saya di sana, diberi makan & minum. Selepas kucing saya boleh dibawa balik, staf klinik bagi saya lebihan makanan dalam tin untuk dibawa balik. Lepas beberapa hari saya keluar untuk mencari makan yg sama seperti yg klinik tu bekalkan. Kemudian baru saya tahu yg makanan kucing tu ada campuran lemak babi. Jadi ustaz perlu ke saya samak tangan saya ni yg sudah menyentuh makanan kucing tersebut? Mohon pencerahan
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, jika terkena makanan yang mengandungi khinzir mesti menyucikan diri sama sepertimana apabila terkena najis mughallazah iaitu dengan tujuh kali basuhan – satu kali dengan air tanah dan enam kali dengan air mutlak. والله أعلم بالصواب . Sekian, terima kasih.