BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum dato mufti , saya ingin bertanya perihal Ikhwan Global. Adakah mereka yang berfahaman Al Arqam membawa agenda melalui Ikhwan Global? Saya perlukan penelitan dan pencerahan daripada tuan kerana risau pemikiran boleh merosakkan masyarakat. Dato adalah pihak yang paling berautoriti untuk saya bertanyakan soalan ini. Semoga Allah sentiasa memelihara islam dan pemimpin serta rakyat malaysia.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, difahamkan bahawa Global Ikhwan adalah penjenamaan semula bagi dua kumpulan yang telah difatwakan sesat serta menyeleweng daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu iaitu kumpulan al-Arqam dan kumpulan Rufaqa: 1. Rujuk fatwa Fatwa Tentang Fahaman Dan Ajaran Yang Dipegang Oleh Kumpulan Al-Arqam Pimpinan Haji Ashaari Muhammad (https://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/pewartaan/1990-1994/90-pindaan-fatwa-tentang-fahaman-dan-ajaran-yang-dipegang-oleh-kumpulan-al-arqam-pimpinan-haji-ashaari-muhammad) 2. Rujuk fatwa berkaitan Usaha-usaha Menghidupkan Semula Al-Arqam melalui Syarikat Rufaqa' Corparation Sdn. Bhd. (SRC) dan Rangkaian Syarikat Gabungan (https://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/pewartaan/2005-2009/167-usaha-usaha-menghidupkan-semula-al-arqam-melalui-syarikat-rufaqa-corparation-sdn-bhd-src-dan-rangkaian-syarikat-gabungan Sehingga kini belum ada keputusan daripada mana-mana pihak tentang penyelewengan kumpulan ini. Sebagai umat Islam seharusnya perlu sentiasa berwaspada dengan mana-mana pihak yang diragui. والله أعلم بالصواب . Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 148

message user image