BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Abg sy nak jual rumah dgn harga rm150k.sy dah bayar rm40K. Abg sy akad di bank rm 200k.dan bank beri sy pinjaman rm200k.bank akan bayar melalui bank abg sy rm200k.abg sy bg balik baki pd saya.dia hanya amik rm110k shj.ada riba tak disitu...sbb sy suruh abg akad lebih sbb bank tak terima loan klu rendah sgt..kata banker..


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, tidak timbul wujudnya riba dalam pembayaran 110 ribu kepada abang bila mana puan telah membuat bayaran 40 ribu lebih awal bagi jumlah keseluruhan harga rumah sebanyak 200 ribu tersebut. Urusan jual beli antara puan dan abang telah selesai apabila puan selesai membuat bayaran sebanyak 200 ribu kepada abang. Manakala bagi pinjaman bank pula, puan berurusan dengan institusi perbankan Islam. Urusan melalui perbankan islam, akad yang diguna pakai adalah pembiayaan peribadi bukan pinjaman peribadi. Mana-mana institusi perbankan Islam istilah pinjaman tidak diguna tetapi istilahnya adalah pembiayaan. Justeru, tiada unsur riba dalam pembiayaan peribadi puan. In shaa Allah. والله أعلم بالصواب . Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 83

message user image