BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: as salam.. adakah perlu seorang ayah yang telah mengabaikan tanggungjawab terhadap istri dan anak ketika anak berusia 3 bulan untuk memberi nafkah setelah 20 tahun terpisah? kali terakhir suami memberi nafkah ketika anak berusia 3 tahun dan bapa mertuanya pula telah bepesan pada suami.. "tak payah la susah payah bagi nafkah.. kami pandai la besarkan anak ne sendiri." sejak itu tanggungjwb untuk bagi nafkah tidak di endah oleh si ayah td.. bapa mertua si suami tidak menyukai suami tersebut kerana si anak tadi telah mengandung sebelum berkahwin.. dan pada kandungan 3 bulan baru mereka berkahwin..


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, anak itu bukan anak sah taraf kepada suami. Oleh itu ia tidak mempunyai kewajipan dalam memberi nafkah anak. Bagaimana pun ia berkewajipan kepada isteri. والله أعلم بالصواب . Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 71

message user image