BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya nak bertanya kalau suami berkata “tunggu 2 3 tahun lagi aku ceraikan kau”. Jatuh talak ke? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, berdasarkan kepada hukum syarak, perkataan suami tersebut boleh membawa kepada jatuhnya talak, kerana lafaz suami mengandungi perkataan cerai. Walaubagaimanapun, kuasa pemutus sama ada jatuh atau tidak talak secara rasmi adalah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Sebaiknya suami atau puan sendiri boleh memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah yang berhampiran dengan segera. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 109

message user image