Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah hukum nya, jika kita tanam tanaman buah2an dan sayur2 an di atas tanah kerajaan dan bukan tanah milik kita? Hasil tanaman pula di berikan kepada jiran2 dan sahabat2 terdekat. Harap dapat terjawab kemusyikilan dari saya ini. Waallahualam.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, adalah lebih baik mendapat keizinan daripada pihak kerajaan untuk mengusahakan tanaman di tanah milik kerajaan. Hasil dari tanaman tersebut boleh diambil, dijual atau dibahagikan. Walaubagaimanapun, dalam Kanun Tanah Negara, apabila kerajaan ingin mengambil tanah berkenaan, pengusaha tidak dapat menuntut pampasan atas kerugiannya kerana dia mengusahakan sesuatu bukan atas tanah miliknya. والله أعلم بالصواب . Sekian, terima kasih.