BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum, Saya ingin bertanya, kitaran haid saya tidak teratur selepas keguguran hujung jan 2020 dan kini darah masih sentiasa keluar. Saya musykil tarikh haid saya disebabkan darah keluar tanpa henti. Saya menggangap darah haid apabila darah yg keluar dalam kuantiti yang banyak iaitu 16hb dan apabila selesai 15hari saya mandi wajib dan solat seperti biasa..namun kebelakangan ini 7.10 darah yg keluar masih byk..macamana cara pengiraan darah haid, darah penyakit dan darah haid kedua.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, kitaran haid puan hendaklah ditentukan dengan mengambilkira tempoh masa haid sebelum berlakunya keguguran. Disamping membuat catatan untuk memudahkan pengiraan. Puan juga boleh menentukan sama ada ia adalah darah haid atau darah penyakit (istihadah) dengan mengenalpasti ciri-ciri darah tersebut iaitu : i. Jika darah itu keluar pada waktu kebiasaan haid puan, maka ia adalah darah haid. Tetapi, jika ia keluar bukan pada waktu kebiasaan haid, maka ia dianggap sebagai istihadah. ii. Darah haid berbau hanyir manakala darah istihadah tidak berbau (seperti darah luka) bau darah tetapi tidak hanyir. iii. Keadaan darah haid pekat dan berwarna merah kehitaman. Manakala darah istihadah cair dan berwarna merah terang. Oleh kerana darah yang keluar adalah banyak dan berterusan selepas mengalami keguguran, dinasihatkan agar kes ini dirujuk ke doktor pakar agar dapat diperiksa bagi mengenalpasti punca dan dirawat dengan sebaiknya. والله أعلم بالصواب . Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 83

message user image