BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Masa muda dahulu saya ada ambik barang dari pejabat. Skrg timbul penyesalannya. Nak pulang dan bayar balik company dah dututup. Bagaimana cara saya nak menebus balik kesalahan supaya tidak dituntut diakhirat kelak. Saya risau memikirkannya.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, pertamanya dinasihatkan wajib bertaubat daripada segala dosa maksiat tidak kira dosa besar mahupun dosa kecil kerana kesalahan yang melibatkan hak Allah tidak sama dengan kesalahan yang melibatkan hak sesama manusia. Oleh itu, Sebaiknya, tuan perlu mencari dahulu pemilik syarikat tersebut untuk dimaklumkan hal tersebut dan memulangkan harta dengan kadar yang diambil. Sekiranya tidak dapat diketahui dan dikesan keberadaannya, maka boleh disalurkan duit tersebut kepada BaitulMal, Majlis Agama Islam Selangor. والله أعلم بالصواب . Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 163

message user image