Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah hukum solat orang bermasalah depresi (depression disorder). Kadang2 tak solat. Dan bila solat memang blank, tertinggal perbuatan atau bacaan.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, walaupun dalam keadaan depression disorder tetapi masih sihat fikiran dan mampu melakukan solat dengan baik dan sempurna, maka wajib baginya untuk mendirikan solat. Apabila situasi dirinya tidak normal, tidak mampu untuk solat dengan sempurna seperti tidak sempurna rukun dan syarat sah solat tidak wajib ke atasnya tetapi wajib qadha’. Bagaimanapun sekiranya dirinya masih ingat dan mahu untuk menunaikan solat, tunaikanlah solat mengikut kemampuannya pada ketika itu. والله أعلم بالصواب . Sekian, terima kasih.