BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: 1-Kakak saya ibu tunggal & mempunyai anak yg masih bersekolah.Boleh tak saya bayar zakat kepada anak buah saya itu utk membantu pembelajaran nya. 2- Bolehkah hasil pendapatan yg diragui kehalalannya digunakan utk membayar zakat.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang puan, di dalam feqh menyatakan bahawa seseorang muslim tidak boleh memberikan zakat kepada mereka yang di bawah tanggungannya. Ini bermakna, anak atau isteri tidak boleh mendapatkan harta zakat daripada bapa atau suaminya. Namun begitu, seseorang harus untuk memberikan zakatnya kepada saudara mara yang bukan di bawah tanggungannya, seperti adik-beradik lelaki atau perempuan, bapa dan ibu saudara pihak bapa, bapa dan ibu saudara pihak ibu, anak-anak mereka dan lain-lain sekiranya mereka fakir, miskin dan golongan yang berhak menerima zakat. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Salman bin Amir RA, Nabi SAW telah bersabda: الصَّدَقَة عَلَى الْمِسْكِينِ صَدَقَةْ، وَعَلَى ذِي الْرحم ثنتان‏:‏ صَدَقَةْ وَصِلَةْ Maksudnya: “Zakat kepada orang miskin adalah dikira zakat, dan kepada saudara mara dikira dua kelebihan, iaitu zakat dan silaturrahim.” (Riwayat al-Nasai’e) Maka dalam persoalan ini, pihak kami berpandangan bahawa harus dan dibolehkan untuk memberikan zakat kepada anak saudara atau ahli keluarga yang memerlukan. Hal ini kerana, membantu ahli keluarga sendiri adalah lebih afdhal dan diutamakan berbanding yang lain. Dalam satu hadis juga, Nabi SAW. Walaupun begitu, suka kami tegaskan bahawa zakat hendaklah dibayar kepada amil yang dilantik seperti Lembaga Zakat Selangor (LZS). Di sana ada bahagian yang boleh dituntut untuk pengagihan sendiri. Tidak harus membayar zakat menggunakan wang dari pendapatan yang diragui kehalalannya. Menurut pandangan ulama, harta yang di perolehi dari sumber yang haram adalah haram. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Allah tidak menerima sebarang sedekah dari sumber yang haram.” (Riwayat Muslim) Begitu juga dengan wang syubhah, kerana lebih hampir kepada sumber haram dan yang meragukan. والله أعلم بالصواب . Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 67

message user image