BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya hendak bertanya soalan mengenai akidah berdasarkan situasi/kisah berikut : 1. Saya pernah menonton filem fiksyen Hollywood tajuk avangers, kononnya ada watak jahat makhluk asing bernama thanos yang cuba mentadbir seluruh galaksi dengan membunuh separuh dari makhluk² di seluruh dunia kononya. Baru² ini saya ada menonton ceramah Ustaz Azhar Idrus mengenai kewujudan dinasour, ada petikan yang Ustaz telah sebut mengenai kenapa makluk dinasour itu dimatikan "kenapa Tuhan matikan makhluk² ini? Kerana inilah yang dikatakan rabbil'alamin, yang bijak mentadbir alam" tiba² secara tidak sengaja dalam hati terlintas " macam thanos la". Bila tersedar apa yg telah terlintas dalam hati saya terus menepuk² dada sekuat hati bagi melupakan apa yg telah terlintas di hati cepat² saya istighfar dan melakukan solat taubat. Soalan saya adakah saya telah melakukan syirik dgn apa yg telah terlintas dihati tadi? Mohon penjelasan dan nasihat pihak Tuan kerana saya teramat takut jika apa yang terlintas di hati tadi telah membuatkan saya jatuh syirik.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, lintasan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Sekadar lintasan tidak memberi kesan kepada sesuatu hukum, asalkan tidak diyakini atau diiktiqadkan. Bagaimana pun kita perlu mengelakkan lintasan-lintasan hati lahirnya kepada perkara-perkara yang berkaitan kepercayaan (akidah) dengan memperbanyakkan zikir, istighfar dan menuntut ilmu. Dengan cara itu, ia boleh menghindarkan daripada pengaruh pemikiran yang tidak terkawal juga hasutan syaitan. والله أعلم بالصواب . Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 93

message user image