BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Salam. Apakah hukumnya keuntungan jualan rokok bolehkan perniagaan peruncitan saya gunakan untuk bayar gaji pekerja2 mengambil kira rokok itu haram. Adalah pendapatan jualan rokok itu haram juga. Pohon dapat pencerahan mengenainya. Terima kasih banyak2


message user image

Jawapan  

Jika seseorang hendak bersedekah, menunaikan haji atau menginfakkan harta ke jalan kebajikan, hendaklah dia memilih dari hasil hartanya yang baik untuk disedekahkan sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 267 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan. Maka menjual rokok dan hasil jualan rokok adalah tidak halal. Wallahu ta’ala a’lam. Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 170

message user image