Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum ustaz..saya nak tanya..semalam ada seorang kawan saya ni dia cakap sama saya..dia nak saya berubah jadi lebih baik dia nak saya jaga solat 5waktu tapi saya terfikir juga mahu solat sebab dia cakap begitu kat saya,tapi ada kah itu saya berubah kerana manusia ustaz? 1lagi soalan saya ustaz ada kah itu hidayah yang Allah hantar untuk saya? Tolong jawab ya ustaz..terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, anda berubah kerana mendapat hidayah Allah, melalui perantaraan (sebab musabab) ingatan kawan anda. Firman Allah; وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ Maksudnya : “Sesungguhnya ingat mengingat itu memberi manfaat kepada orang mukmin” .(Surah az-Zariyat ayat 55) Ingat mengingati itu adalah tanggungjawab yang diperlukan antara sesama umat Islam. Memadai keberkesanannya adalah ketentuan Allah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.