BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Ada orang memberitahu kepada saya bahawa inai di jari dan tangan hanya boleh diperlihatkan kepada suami. Dan jika memakai inai ketika majlis sanding, pengantin perempuan tersebut perlu memakai sarung tangan kerana inai dikira perhiasan untuk suami sahaja. Adakah benar? Dan apakah hukum memakai inai di tangan dan jari bagi perempuan ketika majlis sanding dan dilihat oleh orang ramai? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, pemakaian inai di jari dan tangan merupakan perhiasan bagi wanita dan hukumnya adalah harus sama ada kepada pengantin atau pun bukan kerana ia bukan aurat. Justeru bagi pengantin tiada keperluan baginya untuk menutup jari yang berinai. Inai bukanlah perhiasan yang perlu ditutup kerana ia adalah perhiasan secara zahir. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 146

message user image