Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah hukumnya seseorang lelaki mendapatkan rawatan urut daripada seorang wanita bukan muhrim dengan tujuan mendapatkan rawatan untuk menyembuhkan penyakitnya
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, haram seorang lelaki mendapatkan rawatan urutan daripada seorang wanita kerana berlaku sentuhan kulit diantara bukan mahram. Namun, sekiranya yang mengurut tersebut adalah mahramnya maka diharuskan dengan syarat tidak mendatangkan fitnah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.