Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: salam YBhg Tuan/Puan. Apakah hukum menggunakan wang hasil menang judi untuk membuka perniagaan halal (kedai makan)?. Adakah pekerjanya juga memakan hasil haram?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, 1. Haram menggunakan wang hasil judi untuk digunakan sebagai modal perniagaan. 2. Upah dan pendapatan yang diterima pekerja adalah harus hasil usaha dan titik peluh melaksanakan kerja yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Manakala keuntungan menjadi syubhah. Dicadangkan agar serahkan jumlah duit menang judi ke Baitulmal. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.