Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Adakah jatuh talak sekiranya suami mengatakan 1) macam ni la, tak guna kalau awak duduk dengan saya kalau awak masih tak percaya pada saya 2) saya doakan awak dapat berjumpa dengan orang Yang lebih baik Dan patuh pada awak. Adakah jatuh talak dengan ayat suami begini.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, tidak jatuh talak pada kedua-dua keadaan yang dinyatakan. Ia bukan lafaz talak sama ada soreh (jelas) atau kinayah (kiasan). والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.