BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ingin bertanya. Kaki saya terpijak lantai basah yg ada najis tanpa saya sedari. Saya ada lalu di kawasan dapur yang lantainya berminyak. Adakah kawasan yg saya pijak selepas itu dikira najis hukmi jika sudah kering atau tidak kerana lantai dapur saya sedikit berminyak. Dan jika saya pijak diatas kawasan yg telah saya lalu itu dgn selipar dapur yg digunakan di dapur yang lantainya sedikit berminyak tadi adakah najis itu akan berpindah atau sekadar cuci selipar itu sahaja. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, kawasan yang dipijak dikira bernajis selagi tidak dihilangkan kesan najisnya apabila telah disedari. Lantai yang berminyak boleh memindahkan najis apabila dipijak. Justeru, bersihkan kesan najis pada kawasan lantai yang dilalui sama ada menggunakan selipar dapur atau tidak. Oleh itu hendaklah dibersihkan sehingga hilang kenajisannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 85

message user image