BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, Isteri saya terkena minyak pengasih Di penghujung tahun 2016 n pada hujung tahun tersebut dia ter Amat suka n ter Amat sayang pada lelaki yg sapa minyak pengasih tuh sehingga lakukan zina sehingga bulan 11 2019 tanpa pengetahuan saya. Persoalannya 1) adalah isteri saya jatuh hukumnya berzina? 2) adalah saya jatuh hukum dayus? Saya tak tau perkara tersebut terjadi? 3) adalah jatuh hukum dayus bila saya dah mengetahui? Saya cuma menasihat jangan ulangi n saya suruh taubat nasuha


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, isu berkaitan minyak pengasih perlu berubat dengan pengamal perubatan Islam yang diyakini benar bagi memastikan bahawa perzinaan ini disebabkan dengan gangguan jin atau syaitan dan bukannya atas kerelaan sendiri. Jika kerelaan sendiri dan terbukti bukan dengan sebab gangguan jin atau syaitan maka boleh membawa hukum zina dan boleh dihukum dengan sabitan jenayah Seksyen 25 Enakmen Jenayah Syarian Selangor 1995. Jika ikut hukum syarak , boleh membawa hukuman rejam dan walaupun ianya tiada dalam peruntukan undang-undang Syariah. Jika perbuatan bukan atas kerelaan sendiri tiada dikenakan undang-undang tetapi hendaklah bertaubat nasuha dan berusaha mengelakkan maksiat pada masa akan datang. Tindakan suami hendaklah membantu isteri kembali ke pangkal jalan dan terus berusaha mengubati isteri. Sokongan moral perlu bagi mengembalikan keharmonian rumahtangga . Kepada Allah untuk berserah dan kembali. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 105

message user image