BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: assalammualaikum, ustaz saya nak tnya..sya gaduh dengan suami..gaduh besar..saya paksa dia ceraikan saya..saya paksa walau pun dia tengah makan saya baling dia bantal..sbb saya terlalu marah..hingga saya sebut hal arwah mak dia..saya paksa sehingga la dia lafaz talak kepada saya..saya tahu saya berdosa..sya mengaku silap saya yg tak boleh mengawal marah hingga memaksa dia untuk lafazkan talak pada saya..jadi adakah talak itu sah ustaz?? terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, apabila suami melafazkan talak secara jelas dan terang kepada puan walaupun dalam keadaan puan memaksanya tetapi suami masih sedar apa yang dilafazkan, maka jatuh talak. Dalam perkara ini puan dan suami dinasihatkan supaya segera membuat pengesahan lafaz tersebut di Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi mengesahkan perkara tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 66

message user image