BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Ada perkara yang sangat menggangu saya.Sewaktu saya sambung belajar semasa bekerja, saya ada menggunakan data jabatan. Pada waktu itu, data yang perlu di gunakan perlu di mohon secara rasmi dan percuma. Tapi menjadi kebiasaan staf yg sambung belajar untuk ambil dulu sebelum terima kelulusan kerana kelulusan ambil masa. Isunya setelah 6 bulan saya tidak menerima apa2 maklumbalas. Bila semak saya dapati surat saya terlepas pandang dan tidak di proses. Semasa saya followup tersebut, pengurusan telah bertukar dan pengurusan baru suruh bayar.Isu bayar tiada masalah kerana dibayar oleh universiti. Pembayaran juga mengambil masa agak lama dan saya memang tidak ambil tahu sangat kerana saya dah dapat pun data.Cuma isunya, saya ada menukar data kerana dalam tempoh saya belajar ada pindaan pada projek saya. Yang menjadi kerisauan saya, adakah tidak halal data yang saya gunakan kerana berbeza dengan yang dibayar atau takut yang dibayar kurang nilainya dari sepatutnya.Atau jika saya sepatutnya memang tak perlu bayar Kerana semasa saya memohon data itu sepatutnya percuma tetapi disebabkan pegawai yang tidak proses menyebabkan pengurusan bertukar dan saya perlu bayar pula?Dan jika saya di anggap berhutang kerana perbezaan bayaran pada data yang saya guna dan data yang dibayar (jika ada) bagaimana cara untuk saya membayar semula dengan cara lain? Ada kah melalui sedekah? Saya telah selesai belajar dan tidak boleh membuat bayaran lagi melalui universiti atau jabatan kerana tidak ada saluran utk Pembayaran itu setelah tamat belajar.Perkara ini mebuat saya sangat runsing kerana saya risau hutang tidak langsai.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, secara asasnya penggunaan data yang diperuntukkan oleh majikan kepada kakitangan yang belajar semasa bekerja secara percuma perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu sebelum ianya digunakan walaupun kelulusan tersebut mengambil masa yang lama. Dalam keadaan ini, saudara perlu memaklumkan kepada pihak majikan berkaitan data yang telah digunakan dan penukaran data secara keseluruhannya sepanjang tempoh belajar tersebut bagi mendapatkan maklumat yang terperinci ke atas pembayaran yang perlu dijelaskan dari pihak majikan. Selagi bayaran tidak dijelaskan, maka saudara dianggap sebagai orang yang berhutang. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 141

message user image