BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: assalamualaikum, saya telah melahirkan anak dan keluar darah nifas sehingga hari ke 57, kemuadian sy bersih selama 7 hari, pada hari ke 64 sy turun darah semula. apakah darah itu di kira haid atau istihadhah?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, tempoh maksimum nifas ialah 60 hari. Oleh kerana puan baru sahaja tamat nifas (hari ke 57), maka puan perlu kenalpasti ciri-ciri darah yang keluar selepas itu. Antara ciri-cirinya ialah : i. Jika darah itu keluar pada waktu kebiasaan haid puan, maka ia adalah darah haid. Tetapi, jika ia keluar bukan pada waktu kebiasaan haid maka ia dianggap sebagai istihadah. ii. Darah haid berbau hanyir dan kuat manakala darah istihadah tidak berbau, (ia seperti darah luka) bau darah tetapi tidak hanyir. iii. Keadaan darah haid pekat dan berwarna merah kehitaman. Manakala darah istihadah cair dan berwarna merah terang. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 81

message user image