BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: saya ingin bertanya, apakah hukumnya dan apa perlu dilakukan jika seseorang bersumpah atas nama Allah swt, untuk melindungi dari musibah yang bakal berlaku.contohnya pengadu bersumpah kerana tidak mengaku mengadu sesuatu kes (ditanya oleh pelaku zalim dan orang sekeliling) kerana bimbang akan dizalimi atau lebih teruk dibunuh..terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, setiap orang Islam wajib mengambil tindakan yang wajar melindungi diri daripada musibah yang bakal berlaku. Salah satu cara yang wajar dan harus adalah bersumpah. Orang yang berdusta dalam sumpahnya adalah berdosa besar. Wajib baginya bertaubat. Walau bagaimanapun, jika seseorang itu terpaksa (Mukrah) berdusta dalam sumpahnya kerana takut dizalimi atau dibunuh, maka pada ketika itu diharuskan. Namun hendaklah dia membayar kaffarah sumpah sebagai keluar daripada khilaf . Rasulullah S.A.W bersabda;عَنِ ابْنِ عَبَّاس رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا : أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله عليه وسلم قَالَ : إِنَّ اللهَ تَجَاوَزَ لِيْ عَنْ أُمَّتِي : الْخَطَأُ وَالنِّسْيَانُ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ Maksudnya: Dari Ibnu Abbas RA: Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya Allah ta’ala memaafkan umatku kerana aku (disebabkan beberapa hal) : Kesalahan, lupa dan segala sesuatu yang dipaksa”(Hadis Ibnu Majah) Sebaik-baiknya elaklah daripada berbohong ketika bersumpah dan elakkan daripada kerap bersumpah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 84

message user image