Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum mufti. Saya ingin bertanya, apakah hukum mewarnakan rambut dengan niat suka suka ? Bukan kerana uban. (pewarna rambut yang digunakan adalah pewarna rambut yang disahkan halal oleh jakim / inai rambut) Harap mufti dapat menyelesaikan kekeliruan saya. Terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, tiada halangan dan boleh untuk mewarnakan rambut dengan syarat bahan pewarna adalah halal, bukan najis dan tidak menghalang air wuduk / mandi wajib serta bukan untuk ditunjuk kepada orang yang bukan mahram. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.