Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apa hukum klu kita melakukan hubungan intim tanpa mengetahui yg kita baru ade periond masa tu..selepas tu baru tahu..perlukah kita mandi hadas besar..ape yg perlu dilakukan...adekah dikenakan ape hukuman spt puasa ke
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, tiada keperluan untuk mandi wajib disebabkan puan masih dalam keadaan berhadas besar kerana haid pada ketika itu. Adalah dimaafkan sekiranya puan yakin tidak dalam keadaan haid ketika melakukan hubungan intim bersama suami pada masa itu. Namun jika tetap melakukan hubungan intim ketika isteri dalam haid maka berdosa. Harus bersuka-suka bersama isteri selain dari kemaluan. Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 222; فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ Maksudnya: “Kerana itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid” Dalam kes ini tiada apa-apa hukuman khusus atas perbuatan tersebut. Bagaimanapun puan dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan berwaspada agar ia tidak berulang. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.