Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Mohon pencerahan tentabg insuran kenderaan AutoLife, dimana cuma perlu bayar sekali sahaja secara one off dan jika penama meninggal. Waris tidak perlu lagi bayar installment kereta pada bank.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, Autolife Insurance merupakan insurans hayat yang di bayar secara one time fee jika berlaku perkara yang tak diingini atau menghadapi kemalangan seperti pemegang polisi (pemilik kereta) mengalami kemalangan dan meninggal dunia. Kemudian melalui Autolife Insurance ini, kereta tersebut akan jadi percuma untuk waris mangsa dan waris tidak perlu membayar sewa kereta secara bulanan. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK) telah memutuskan hukum dalam beberapa siri persidangan yang membahaskan status insurans konvensional. Secara umumnya semua jenis insurans konvensional adalah HARAM Disebabkan mempunyai unsur-unsur: a. Mengandungi gharar (ketidak-tentuan) b. Mengandungi unsur judi. c. Mengandungi muamalah riba. Kesimpulannya, dengan unsur-unsur keharaman yang terkandung dalam insurans konvensional, maka sebagai seorang muslim adalah wajib untuk menggunapakai autolife insurans takaful (Shariah-compliant) yang telah sedia ada di pasaran. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.