BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, nak tanya, saya terima duit dalam akaun Bank saya tapi duit tu dari mesin cdm. Bank tak dapat tolong untuk pulangkan duit ni. Saya tak dapat tahu owner duit ni siapa. Apa patut saya buat?


message user image

Jawapan  

Berdasarkan persoalan tersebut, jika ada wang yang masuk kedalam akaun saudari, maka wang itu adalah kepunyaan saudari kerana seseorang yang memasukkan wang itu tahu nombor akaun saudari. Jika saudari ragu-ragu untuk menggunakannya, maka tidak perlu ambil dan hendaklah dipulangkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 145

message user image