BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, mohon pencerahan apakah itu waktu tahrim dan solat apa yang diharamkan pada waktu tersebut. Bolehlan solat taubat dilakukan dalam waktu tahrim (sbg contoh dikerjakan pada sekitar jam 8 pagi - 11 pagi). Mohon pencerahan.


message user image

Jawapan  

Waktu yang diharamkan untuk solat ada lima iaitu 3 berhubung dengan waktu dan 2 berhubung dengan perbuatan WAKTU 1) Dari terbit matahari sehingga tegak dengan kadar tombak dengan pandangan mata iaitu bersamaan 28 minit selepas matahari terbit. 2) Dari istiwa (pembahagi dua) matahari sehingga zawal (gelincir).Tempohnya terlalu singkat iaitu 4minit sebelum waktu zohor kecuali hari jumaat. 3) Dari langit kelihatan kekuning-kuningan sehingga maghrib. PERBUATAN 1) Selepas melaksanakan solat subuh sehingga terbit matahari 2) Selepas melaksanakan solat asar sehingga terbenam matahari والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 163

message user image