Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: saya nak tanya " suami saya suka melayan whatsapp dengan beberapa wanita lain. bercakap tentang sayang, rindu nanti nak kahwin la. Bila saya terbaca saya tanya suami dia cakap saja2 main2 jer. Bukan jumpa pun cuma whatsapp jer. Suami saya cakap tak berdosa. Soalan saya berdosa ke dia buat perkara ini. Terima Kasihh
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, perbuatan suami yang suka melayan whatsapp dengan wanita lain yang bukan mahram tanpa keperluan lebih-lebih lagi ada unsur-unsur berkasih sayang adalah dilarang dalam Islam dan berdosa lebih-lebih lagi jika perempuan tersebut adalah isteri orang. Islam melarang setiap perbuatan yang sia-sia dan tidak bermanfaat apatah hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram sekadar untuk suka-suka tanpa sebarang tujuan yang jelas. Hadis daripada Abu Hurairah R.A, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda : فَلْيَقُلْ خَيْراً أًوْ لِيَصْمُتْ Maksudnya : "Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam...,”(Riwayat Bukhari dan Muslim) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.