Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: assalamualaikum.. untuk makluman TUAN/PUAN surau di pusat beli belah tempat saya bekerja telah ditutup bagi mencegah penularan wabak COVID-19 bagaimanakah saya harus mendirikan solat memandangkan waktu bekerja saya adalah 10.00am -9.00pm jadi bolehkh saya meng qada semua solat tersebut memandangkan di tempat kerja saya tiada tempat yang sesuai untuk mendirikan solat.. sempit dan dipenuhi barang2 stok. harap penjelasan
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, tidak boleh mengqada solat sepanjang tempoh anda bekerja dari jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam dengan alasan tiada ruang yang sesuai untuk menunaikan solat di tempat kerja kerana surau sedia ada ditutup sebab COVID-19 ini. Ini kerana sebenarnya solat itu boleh ditunaikan di mana-mana sahaja seperti di padang, tanah lapang, dilorong, di dalam bilik atau sebagainya asalkan tempat itu suci daripada najis. Bawalah sejadah ke tempat kerja bagi memudahkan untuk bersolat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.