BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, hari itu saya sedang berjalan dan spek mata saya terjatuh pada lantai rumah yg baru lepas dibasuh. Saya mendapati di dalam rumah tersebut ada ANJING. Lantai masih lembap. Tetapi ketika itu saya yakin tiada apa kerana tiada bekas air atau apa2. Jadi, saya terus MEMEGANG dan MEMAKAI spek tersebut. Lama kelamaan saya menjadi was was. Jadi, adakah saya perlu melakukan sertu pada badan saya dan spek mata saya itu? Mohon bantuan. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, secara umum cermin mata dan lantai tersebut adalah suci kerana berpegang kepada asal sesuatu itu adalah suci sehinggalah terbukti terdapat najis di tempat jatuh cermin mata itu. Oleh itu, tidak perlu ragu dengan kesucian cermin mata tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 162

message user image