BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalaamu'alaikum Ustaz, Saya ada beberapa solat fardhu lima waktu yang hendak diqadha.Soalan pertama saya ialah adakah boleh solat qadha dilakukan selepas subuh atau selepas asar? Soalan kedua saya, bolehkan solat fardhu yg diqadha ini mengikut imam yg bersolat sunat, contohnya saya mengikut imam solat terawih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, solat qadha boleh dilaksanakan pada semua waktu termasuk selepas subuh dan selepas asar. Solat fardhu yang diqadha boleh dilaksanakan dengan mengikut (berimamkan) imam yang solat sunat seperti solat taraweh kerana ia adalah jenis yang sama iaitu solat. والله أعلم بالصوابSekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 72

message user image