Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamu’alaikum w.b.t Saya ingin bertanya, Rahang saya memang semulajadi agak senget ke sebelah kanan dan saya berniat ingin membedahnya agar rahang saya kelihatan normal seperti orang lain. Adakah itu di bolehkan dari segi syarak? dan adakah itu termasuk dalam kategori mengubah ciptaan Allah? Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, jika keadaan itu ada kemudharatannya dan diperlukan, maka ia adalah harus. Lebih-lebih lagi telah disahkan oleh doktor pakar. Tetapi jika hanya untuk kecantikan (tahsiniyyat), ia tidaklah harus. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.