BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum...saya mohon pencerahan serta panduan...Adakah konsep charity shop itu halal? kalau saya menerima pakaian terpakai atau barang terpakai hasil pemberian orang (percuma), kemudian saya baiki/basuh/perbaharu barangan tersebut kemudian jual semula dengan kadar harga yang murah dan mengambil sebahagian hasil jualan untuk kos urusan operasi dan gaji saya...Lebihan untung jualan akan disalurkan sebagai sedekah ke mana-mana pihak yang memerlukan...adakah duit hasil yang saya ambil sebagai kos operasi dan gaji saya itu halal? dan adakah cara sedekah saya itu halal? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, konsep charity shop itu diharuskan selagi tidak bercanggah dengan syariat islam. Diharuskan juga mengambil sebahagian daripada hasil jualan tersebut untuk menampung kos operasi dan membayar gaji pekerja dengan syarat tidak melampaui dengan yang sepatutnya. Ini kerana tujuan asal charity shop adalah untuk tujuan amal dan kebajikan. Maka hasil dari jualan / keuntungan yang diperolehi, setelah ditolak dengan kos pengurusan yang sepatutnya diambil mesti diserahkan kepada pihak yang memerlukan kerana tuan hanya sebagai wakil (ejen) sahaja. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 160

message user image