BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, Apa hukumnya seorang suami mengambil sebahagian duit mas kahwin isterinya secara senyap2 tanpa pengetahuan isterinya? Sehingga kini, suami masih belum menggantinya semula. Apakah status pernikahan kami tergugat kerana mas kahwin adalah wajib dan disebut semasa aqad. Mohon pencerahan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, haram hukumnya bagi suami memakan / menggunakan / mengambil manfaat daripada mas kahwin ( mahar ) isteri jika tanpa kerelaan dan kebenaran isteri, kerana mas kahwin atau mahar merupakan hak milik isteri yang telah diisytiharkan oleh Allah SWT dalam al-Qur’an. Wajib memulangkan semula mas kahwin yang telah digunakan. Adapun sekiranya suami memakan / menggunakan / mengambil manfaat daripada mas kahwin atau mahar isteri dengan kerelaan dan keizinan isteri maka hukumnya adalah harus dan halal menggunakannya. Perkara ini tidak memberi kesan kepada status perkahwinan pasangan dari sudut boleh berlakunya perceraian atau pembubaran perkahwinan. Namun begitu perkara seumpama ini adalah merupakan satu perbuatan yang tidak selaras dengan akhlak suami yang disarankan oleh Islam. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 89

message user image