Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualailum... Persoalan saya, boleh ke meletakkan perkataan bahasa Arab di setiap anak tangga, sedangkan tangga tempat naik turun, melangkah perkataan bahasa arab di setiap anak tangga, pada fikiran saya memang tidak berdosa, tapi adab kita dengan ilmu, melangkah perkataan bahasa arab. Bahasa arab adalah bahasa Al Quran dan bahasa Syurga.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, meletakkan perkataan arab pada setiap anak tangga adalah tidak sesuai, hukumnya adalah makruh kerana anak tangga tempat untuk melangkah naik dan turun serta tiada adab dengan ilmu. Namun, haram hukumnya apabila perkataan arab itu adalah nama-nama bagi Allah atau kalimah-kalimah yang mulia. Sebagai seorang Islam wajib menjaga kalimah-kalimah yang mulia dalam agama sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar agama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.”(al-Hajj : 32) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.