BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya mempunyai masalah kerap keluar mazi (bertitik-titik) yang tidak dapat dielakkan dan perkara ini menyukarkan saya untuk kekalkan wuduk dan menunaikan solat. Setiap kali selepas solat asar, saya akan qada solat dari subuh sampai isyak (solat yang ditinggalkan waktu sekolah menengah dahulu). Jadi soalan saya di sini, adakah sah wuduk saya yang diambil untuk solat asar itu untuk digunakan juga untuk qada solat subuh sampai isyak itu walaupun saya tahu yang mazi itu masih keluar? Saya mohon jawapan dan penyelesaian bagi masalah ini. Terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, masalah tuan boleh dikategorikan sama dengan mereka yang menghadapi kencing tidak lawas. Oleh itu, para fuqaha’ telah meletakkan beberapa garis panduan berwudhu’:- 1. Perlu dibersihkan dahulu bahagian kemaluan dan kemudian tutup bahagian kemaluan tersebut dengan kain atau seumpamanya agar titisan air kencing/mazi itu dapat dihalang dari terus menitis. 2. Segera berwudhu’ setelah berhati-hati dengan merasakan tidak lagi menitis air kencing/mazi selepas ianya ditutup dan wudhu’ tersebut perlulah diambil selepas masuknya waktu solat. 3. Wajib berwudhu’ bagi setiap solat fardhu (wajib) dan wudhu’ tersebut boleh digunakan untuk beberapa solat sunat selepas solat fardhu. Adapun untuk solat fardhu berikutnya wajib perbaharui wudhu’ serta menggantikan kain yang menutup kemaluan. 4. Wajib segera menunaikan solat selepas berwudhu’ untuk mengurangkan hadas. Berdasarkan panduan di atas, wudhu’ tuan hanya sah bagi satu waktu solat fardhu, dan wajib perbaharui wudhu’ bagi setiap waktu solat fardhu. Oleh kerana solat qada’ adalah wajib (fardhu) maka mesti mengambil wudhu’ semula untuk setiap solat qada’ yang dilakukan. Semoga allah menyembuhkan penyakit yang dihadapi serta diberikan kesihatan yang berpanjangan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 395

message user image