BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ada pertanyaan berkenaan zakat. Adakah wajib saya membayar zakat bagi duit faraid yang diterima dari Amanah Raya? Mohon pencerahan. Terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, harta pusaka yang diterima secara individu oleh semua waris daripada pembahagian faraid wajib dikeluarkan zakat kerana ia dikategorikan sebagai zakat harta hasil pemberian (al-A’tiyyah). Gabungkan dengan semua jenis harta pendapatan yang lain (penggajian, hasil bebas dan al-Mustaghallat) dan jika memenuhi syarat wajib, ia wajib dizakatkan sebagai zakat pendapatan pada tahun berkenaan selepas ditolak had kifayah. Disarankan bagi urusan pembayaran zakat tersebut hendaklah melalui pihak yang berautoriti iaitu Lembaga Zakat Selangor. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 87

message user image