BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Apakah syarat / keadaan yang membolehkan Seorang perempuan yang sedang iddah (kematian suami) bermalam di rumah mak dia.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara/saudari, dalam surah al-Baqarah, ayat 234 yang bermaksud: “Dan orang-orang yang mati di antara kamu serta meninggalkan isteri-isteri hendaklah mereka (isteri-isteri) menunggu empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah sampai (akhir) iddah mereka, maka tidak ada dosa bagimu mengenai apa yang mereka lakukan terhadap diri mereka menurut cara yang patut. Dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”. Wajib beriddah selama 4 bulan 10 hari disamping wajib berkabung dalam tempoh tersebut (ihdad) tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dalam batas. Had yang diperlukan seperti bekerja, buat atas urusan membeli barang keperluan. Sekiranya tidak ada hal keluarga yang dapat membantunya. Berhubung keluar rumah untuk tidur dirumah ibunya adalah harus dengan syarat rumah ibunya berdekatan dengan rumah tempat tinggalnya atau berhampiran. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 128

message user image