Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang hukum memiliki patung bagi orang dewasa. Patung disini bukanlah merujuk kepada patung patung manusia tetapi character patung di dalam filem. Sebagai contoh, patung iron man dan juga buzz lightyear dari cerita kanak kanak toy story. Adakah dibenarkan dalam islam untuk orang dewasa memiliki patung seperti itu? Saya mempunyai patung tersebut kerana saya suka watak patung tersebut dan saya suka akan cahaya lampu daripada patung tersebut. Mohon soalan saya dijawab oleh pihak tuan/puan dan terima kasih atas respon.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, hukumnya adalah harus. Tetapi jika niatnya untuk pemujaan, mengagungkan gambar tersebut, hukumnya menjadi haram. Ia bersesuaian dengan pendapat Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam buku Seni Dalam Islam: “Hukum gambar-gambar fotografik pada asalnya harus selagimana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempunyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq dan penyembah berhala”. Sekian, terima kasih.