BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum tuan mufti,saya ada satu kemusykilan...saya pernah mendengar menambah rukun dlm solat,membatalkan solat...kadang2 saya ada mendgr sebahagian para jemaah mengulang bacaan fatihah ketika dlm solat diblkg imam di setiap rakaat ...adakah ia membatalkan solat?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, mengulangi rukun perbuatan (fi’li) secara sengaja di dalam solat adalah perkara yang membatalkan solat seperti menambah rukuk atau sujud. Adapun bagi rukun perkataan (qauli) seperti bacaan surah al-fatihah, ia terbahagi kepada beberapa keadaan dan tujuan seperti berikut; 1. Mengulangi sebahagian ayat daripada surah al-fatihah i. Jika ianya bertujuan memperbetulkan bacaan yang salah maka hukumnya wajib dan tidak membatalkan solat. ii. Jika ianya bertujuan menghayati atau mentadabbur makna ayat tersebut maka ia tidak membatalkan solat. 2. Mengulangi keseluruhan surah al-fatihah i. Jika ianya bertujuan menghayati makna surah maka ia tidak membatalkan solat. ii. Jika disebabkan was-was maka tidak membatalkan solat. iii. Jika dilakukan kerana membacanya secara perlahan dalam keadaan terlupa dia sedang solat jahriyyah (solat yang disunatkan baca nyaring) maka disunatkan ulang secara nyaring dan tidak membatalkan solat. iv. Jika ianya dilakukan secara sengaja tanpa sebab maka hukumnya makruh dan tidak membatalkan solat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 812

message user image