BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assamualaikum ustaz/ ustazah, saya nak mintak tolong kalian terangkan sikit hukum utk sy. Saya ada masalah kitaran haid yang tak stable , sbb period sy tak stop2(berpanjangan walaupon sudah jumpa pakar) .. Sy faham dalam islam period lebih 15 hari di kira darah penyakit dah boleh solat walaupon darah masih keluar . Masalah sy adalah kitaran period sy setiap 2 minggu , jadi macam mana sy nk solat n mengaji? Pada hari keberapa sy boleh beribadah? Minta pendapat??


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, pertamanya saudari perlu sentiasa merekod dan mencatat setiap kali darah haid keluar. Ia penting untuk mengenalpasti rekod perjalanan haid sebagai rujukan untuk menentukan darah yang keluar itu darah haid atau darah istihadah. Sekiranya dikenalpasti bahawa tempoh haid saudari memang panjang dan melebihi 15 hari, maka pada hari yang ke 16, saudari hendaklah mandi wajib dan boleh terus solat dan membaca al-Quran. Apabila dinyatakan bahawa kitaran haid adalah setiap 2 minggu, perlu juga dipastikan bahawa tempoh suci adalah 15 hari hari juga. Apabila didapati bahawa tempoh suci kurang daripada 15 hari tetapi keluar darah, ia adalah dianggap sebagai darah istihadah, pada ketika itu saudari masih lagi boleh untuk solat dan membaca al-Quran. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 227

message user image