BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, selepas mengangkat takbir, kadangkala saya terus membaca surah alfatihah, tp biasanya apabila sy sedar sy tidal membaca doa iftitah, sy berhenti membaca alfatihah dan membaca doa iftitah. Adakah terbatal solat saya kerana perbuatan sy membaca doa iftitah selepas sy membaca alfatihah (biasanya saya perasan belum membaca doa iftitah pada ayat yg kedua) menunjukan tidal ada twrtib didalam solat saya. Mohon penceraian daripada pihak Tuan. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, membaca doa iftitah di dalam solat adalah sunat sebelum membaca surah al-Fatihah, maka apabila sudah membaca surah al-Fatihah, tidak lagi sunat membaca doa iftitah kerana ia hanya disyariatkan sebelum membaca surah al-Fatihah. Dalam keadaan ini, tidak terjejas jika membaca iftitah selepas membaca surah al-Fatihah secara sempurna. Tetapi jika berhenti ditengah-tengah surah al-Fatihah, maka wajib ulang semula membaca surah al-Fatihah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 74

message user image