Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
As salam tuan. Saya mendapat kerja bahagian storekeeper di sebuah speedmart,skop kerja saya kadang2 perlu menyusun arak adakah haram kerja saya itu?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, Berdasarkan hadis riwayat Al-Tirmidzi, Ibnu Majah dan ianya larangan arak meliputi pembuatnya, peminumnya, pembawanya, orang yang membawanya, penjualnya, pembelinya dan segala sesuatu yang ada di dalamnya, menggambarkan tiada jalan keluar, melainkan semuanya dihukumkan haram (dilaknat). Bagimanapun pendapatan (gaji) yang diperolehi daripada pekerjaan yang menjual barangan bercampur sedikit yang haram seperti di speedmart tidaklah haram, tetapi makruh. Dari segi perbuatan anda sebagai storekeeper yang kadang-kadang perlu menyusun arak tetaplah haram dan berdosa, tetapi dalam keadaan yang lebih rendah martabatnya berbanding dengan meminumnya. Sebaiknya adalah digalakkan untuk berusaha mendapatkan pekerjaan di tempat lain yang tidak terlibat dengan perkara-perkara syubhat. Berdasarkan hadis;
Maksudnya: Maka barangsiapa yang takut terhadap syubhat, beerti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka dia akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan.(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.