BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: 1. Apakah hukum rebonding rambut menggunakan krim rebonding bagi wanita yang belum berkahwin kerana rambut tak terurus dan dengan tujuan keselesaan diri? 2. Apakah hukum menggunakan syampu atau perapi rambut yang mempunyai bahan silikon yang akan membentuk lapisan di rambut? Terdapat banyak produk di pasaran mempunyai bahan silikon. Adakah sah wuduk dan mandi wajib?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, Islam tidak melarang umatnya untuk sentiasa kelihatan kemas dan mencantikkan diri dengan kadar sederhana bersesuaian dengan keadaan dirinya. Begitu juga dengan hukum untuk rmeluruskan rambut. 1. Hukum meluruskan rambut adalah harus dan dibolehkan bagi tujuan kecantikan dan hiasan diri sama ada untuk suami atau keselesaan diri. Islam menggalakkan supaya menjaga rambutdan memuliakannya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang memiliki rambut maka hendaklah dia memuliakannya”. (Riwayat Abu Daud) Bagaimanapun perlu diingat ia bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau memperagakan di khalayak ramai. Wajib bagi setiap wanita muslim untuk menutup auratnya. 2. Penggunaan syampu atau perapi yang mengandungi silikon yang boleh memudaratkan kepada pemakai adalah dilarang. Sekiranya penggunaan peralatan dan bahan tersebut meninggalkan lapisan pada rambut sehingga menghalang air untuk sampai ke anggota wuduk, maka wuduk dan mandi wajibnya tidak sah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 636

message user image