BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya mempunyai penyakit was-was yang sangat teruk dan saya mendapat tahu bahawa jikalau was was semasa puasa fardhu dikira sah tetapi jikalau sewaktu puasa qada' ia dikira batal. Adakah ini benar?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, definisi puasa adalah menahan diri dari melakukan perkara tertentu (perkara yang membatalkan puasa) dalam masa tertentu (dari terbit fajar sehingga terbenam matahari) oleh orang tertentu (mukallaf yang berniat puasa). Samaada puasa tersebut adalah puasa fardhu, puasa qada’ atau sunat, perkara yang membatalkan puasa adalah sama iaitu; i. Makan atau minum ii. Masuk sesuatu ‘ain (sesuatu yang boleh dilihat dengan mata) ke dalam rongga badan melalui anggota terbuka (mulut, telinga dan dua kemaluan) iii. Muntah dengan sengaja dan menelan kahak yang banyak. iv.Bersetubuh dengan sengaja. v. Mengeluarkan mani secara sengaja. vi. Haid dan Nifas. vii. Gila dan Murtad. Was-was tidak menyebabkan puasa menjadi batal sekiranya masih tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa seperti yang disenaraikan di atas. Was-was hanya satu penyakit yang perlu dirawat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 141

message user image