BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Macam mana kalau seorang bapa yang waktu arwah ibu masih ada, dia bersikap tidak bertanggungjawab dalam memberi nafkah si ibu dan anak-anaknya. Tetapi apabila si ibu meninggal, dia inginkan harta pusaka milik ibu mengikut faraid walhal rumah yang yang kami tinggal sekarang ini pon masih rumah ibu, bukannya miliknya. Ibu juga pernah berpesan untuk membahagikan harta sama rata antara adik beradik sama ada lelaki ataupun perempuan tetapi arwah ibu hanya berpesan melalui lisan. Kesemua adik beradik bersetuju dengan pesanan si ibu kecuali seorang anak lelaki yang merasakan harta yang bakal didapatinya sedikit. Dia berpakat dengan si ayah yang memanjakannya untuk menuntut harta dan ingin membawa hal ini ke mahkamah. Bukanlah kami tergila-gilakan harta tersebut, tetapi kami merasakan si ayah dan anak lelaki itu tidak layak untuk memegang harta ibu kami. Sedangkan adik kami yang bongsu masih bersekolah. Kenapa sekarang baru nak menuntut hak dengan mahkamah sedangkan dulu ibu kami boleh saja membawa hal ini ke mahkamah. Padahal si bapa hanya takut akan si anak kesayangannya yang lagi kuat kekuatan daripadanya. Boleh minta pencerahan tak mengenainya dan apa tindakan yang kami boleh lakukan sekiranya hal ini dibawa ke mahkamah? Jika ada jawapannya, jangan telefon ya, mohon emailkan kepada saya sahaja. Terima kasih diatas perhatian. Mohon maaf sekiranya terkasar bahasa kerana diri ini merasakan amarah di hati ini sudah lama terbuku sejak kecil.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, jawapan bagi setiap persoalan adalah seperti berikut; 1. Ayah tidak bertanggungjawab, itu antara dia dengan Allah. 2. Suami (ayah) wajar menuntut harta secara faraidh pembahagian mengikut hukum faraidh adalah seperti berikut: i. Suami (bapa) dapat 1/4 daripada harta peninggalan. ii. Jika si mati (ibu) masih mempunyai ayah dan ibu masing-masing akan mendapat 1/6. iii. Anak-anak dapat pembahagian secara asobah iaitu baki daripada harta yang ada dengan kadar anak lelaki mendapat 2 bahagian dan anak perempuan mendapat 1 bahagian. 3. Berhubung dengan pesanan ibu, ia dikira sebagai wasiat yang perlu dibuktikan kebenarannya. 4. Cadangan untuk membawa ke mahkamah adalah suatu tindakan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah pembahagian harta secara adil berdasarkan hukum syarak dan dapat mengesahkan pesanan ibu (wasiat). 5. Pembahagian sama rata diantara adik-beradik hanya boleh dilakukan, jika kesemuanya bersetuju 6. Ayah dan anak lelaki kesayangan adalah ahli waris yang sah. Ia tidak boleh dihalang dengan mendapat harta pusaka mengikut kadar seperti yang ditetapkan separuh (faridh). 7.Berlapang dadalah dalam mendepani isu ini dengan kembali kepada pandangan Islam. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 162

message user image