BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkaitan puasa nazar. Saya ada bernazar bahawa saya akan puasa 2 minggu berturut-turut andai saya dapat 1 rumah dengan kawan baik saya. Ya, saya dapat 1 rumah bersama-sama kawan baik saya. Adakah nazar ini dibolehkan? Adakah saya perlu laksanakan juga?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, dibolehkan untuk nazar berpuasa 2 minggu berturut-turut sekiranya saudari dapat duduk satu rumah dengan rakan baik saudari. Wajib berpuasa 2 minggu berturut-turut seperti yang dinazarkan kerana telah dapat duduk satu rumah dengan rakan baik saudari. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 141

message user image