BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Pada hari ke4 haid, saya telah mandi wajib setelah mendapati hanya cecair kuning yg bersisa pada malam hari. Selepas itu saya berjimak bersama suami. Pada petang hari, didapati darah haid saya masih bersisa berwarna kecoklatan. Perlukah saya membayar denda kerana mandi wajib sebelum habis haid dan berjimak bersama suami?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, dalam perkara ini tiada sebarang denda atau kaffarah dikenakan kepada puan atau suami. Puan dinasihatkan agar lebih berhati-hati dalam perkara ini supaya ia tidak lagi berulang. Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 222; فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّى يَطْهُرْنَ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ Maksudnya : “Karena itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. apabila mereka telah Suci, Maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu”. Adalah perlu diingat bahawa puan perlu benar-benar yakin telah suci dan kering daripada haid sebelum mandi wajib. Tidak sah mandi wajib sekiranya darah haid belum benar-benar kering. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 160

message user image